Assalamualaikum...
Pada 19 Oktober 2013, telah diadakan mesyuarat pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PICC Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Taman Merak Mas telah diwakili oleh :
1. YBhg Datin Dewi Murni bt Ibrahim (Ketua Wanita)
2. Pn Zainon bt Samat (Naib Ketua)
BLOG RASMI
Blog ini mencatatkan segala aktiviti yang dijalankan dan juga memaklumkan jadual aktiviti yang bakal dijalankan untuk panduan ahli-ahli wanita UMNO Cawangan Taman Merak Mas.
Rabu, 23 Oktober 2013
Jumaat, 18 Oktober 2013
18 Oktober 2013 : Majlis Bacaan Yassin
As salamualaikum semua,
Majlis bacaan Yassin telah diadakan di rumah Pn Bibi di Jalan Merak Mas 1. Kehadiran tetamu yang melebihi 30 orang telah mengimarahkan lagi majlis ilmu ini. Semoga hubungan silaturrahim akan terus dipertingkatkan lagi.
Ucapan terimakasih kepada tuan rumah diatas jemputan dan jamuan yang disediakan. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu. Amin.
Video untuk tontonan semua.... terimakasih
Selasa, 15 Oktober 2013
12 Okt 2013 - Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil
Assalamualaikum,
tanggal 12 Oktober lalu telah berlangsung Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil yang diadakan di Ballroom MITC bermula jam 8.00 pagi sehingga lewat petang. Mesyuarat kali ini menyaksikan pemilihan Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.
Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Taman Merak Mas diwakili oleh :
1. Datin Dewi Murni Ibrahim
2. Pn Zainon Samat
3. Pn Siti Zaleha Ishak
4. Pn Rokiah Mohammad
5. Pn Jamaliah Ali
Pemilihan kali ini adalah untuk memilih Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri serta barisan jawatankuasa. Ianya diadakan serentak di seluruh Negara. Mesyuarat dan pemilihan berlangsung dalam suasana aman dan berjalan lancar.
Berikut merupakan video semasa berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil pada 12 Oktober lalu.
4 Oktober 2013 (Jumaat) - Program Bacaan Yassin
Program pertama yang telah diadakan adalah program bacaan Yasin oleh Kumpulan Yassin Wanita UMNO Caw. Taman Merak Mas yang telah ditubuhkan pada 20 September lalu. Dianggotai oleh ahli wanita, program ini bermula di rumah Ketua Wanita iaitu Datin Dewi Murni pada 4 Oktober lalu .
30 Sept 2013 (Isnin) - Perjumpaan Tertutup Bersama Perwakilan
As salamualaikum,
Pada 30 September lalu, telah diadakan satu perjumpaan tertutup Jawatankuasa UMNO dengan perwakilan bagi UMNO Bahagian Bukit Katil sebelum tarikh permilihan diadakan nanti. Secara umumnya perjumpaan tersebut lebih kepada penerangan kepada perwakilan berhubung kaedah pemilihan yang akan dijalankan nanti.
Juga diadakan sesi perkenalan dengan calon-calon yang bertanding. Di kesempatan itu juga, calon-calon sempat berkempen kepada perwakilan. Semoga calon yang berwibawa menang bagi meneruskan perjuangan UMNO.
Perwakilan Wanita UMNO dari cawangan Taman Merak Mas terdiri dari:
1. Datin Dewi Murni Ibrahim
2. Pn Zainon Samat
3. Pn Siti Zaleha Ishak
4. Pn Rokiah Mohammad
5, Pn Jamaliah Ali
Juga diadakan sesi perkenalan dengan calon-calon yang bertanding. Di kesempatan itu juga, calon-calon sempat berkempen kepada perwakilan. Semoga calon yang berwibawa menang bagi meneruskan perjuangan UMNO.
Perwakilan Wanita UMNO dari cawangan Taman Merak Mas terdiri dari:
1. Datin Dewi Murni Ibrahim
2. Pn Zainon Samat
3. Pn Siti Zaleha Ishak
4. Pn Rokiah Mohammad
5, Pn Jamaliah Ali
![]() |
![]() |
| Pendaftaran |
Khamis, 3 Oktober 2013
20 Sept 2013 ( Jumaat) - Mesyuarat Bil.1/2013
As salamualaikum,
Mesyuarat bil 1/2013 Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Taman Merak Mas telah diadakan pada 20 September 2013 lalu. Dengan kehadiran sebahagian besar ahli jawatankuasa menyaksikan perlantikan jawatankuasa tambahan iaitu bagi Setiausaha dan Bendahari.
Terdahulu di dalam mesyuarat Agung Wanita UMNO Cawangan Taman Merak Mas pada 17 Ogos 2013 telah melantik ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Datin Dewi Murni bt Ibrahim. Barisan Jawatankuasa adalah seperti di bawah :
1. Pn Raja Rohani bt Raja Yunos - Pengerusi Tetap
2. Pn Zhariah bt Chuan- Timbalan Pengerusi Tetap
3. Datin Dewi Murni bt Ibrahim - Ketua Wanita
4. Pn Zainon bt Samat - Timbalan Ketua Wanita
5. Pn Jamaliah Bt Ali - Setiausaha
6. Pn Erosmilah bt Hj Ramin - Bendahari
7. Pn Noraini bt Dawam - Pemeriksa Kira-kira I
8. Pn Fuziah bt Montel - Pemeriksa Kira-kira II
9. Pn Siti Zaleha bt Ishak - Ahli Jawatankuasa
10. Pn Rokiah bt Mohammad - Ahli Jawatankuasa
11. Pn Rozilah bt Bahari - Ahli Jawatankuasa
12. Pn Fauziah bt Hanafiah - Ahli Jawatankuasa
13. Pn Jamilah bt Ismail - Ahli Jawatankuasa
14. Pn Sofillah bt Ramli - Ahli Jawatankuasa
15. Pn Wan Aniza Hanom bt Ahmad - Ahli Jawatankuasa
Perlantikan bagi jawatan Setiausaha dan Bendahari berkuatkuasa mulai 20 September 2013 manakala lain-lain jawatan berkuatkuasa mulai 17 Ogos 2013. Surat perlantikan telah diedarkan untuk makluman semua.
Langgan:
Catatan (Atom)

























